Monday 15 September 2014

Reunion Geng Sekolah.. Sahabat 5J@98 SMKDARY Bota, Perak

Berbulan-bulan kitorg meeting dalam whatsapp group ex5j untuk preparation reunion kitorg kali ini. Ini yang best dengan kecanggihan teknologi sekarang. Walau kitorg jauh beribu batu tapi kitorg bersatu secara online. Mana tak nya kitorg dah terpisah mengikut rezeki masing-masing. Ada di  Sabah, Johor, penang , KL, Selangor, Putrajaya dan Perak. Belum ada lagi yang tercampak ke oversea.. semua dalam negara, so tak la jauh sangat actually.. Tapi nak kumpul ramai-ramai setahun sekali punya lah susah. Teknologi telah mendekatkan kitorg.. aku percaya korang pun mesti ada group whatsapp sekolah masing-masing kan.. klu tak ada tu, cepat-cepat create. Lantik diri sendiri jadi admin pastu add la kawan- kawan sekolah yang ada dalam phone book korang.. memang tak rugi sebab kitorg dah berjaya buktikan kitorg masih bersatu macam time sekolah dulu...


Oh ya, sebelum aku cerita pasal reunion kitorang, meh aku story sikit pasal background  kitorang ni.. kitorang ni bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakob, Bota, Perak. 5J itu singkatan nama kelas kitorg dulu, nama panjangnye 5 Sains Kejuruteraan, batch SPM tahun 1998..huwaaaa..dah 16 tahun dah kitorg tinggalkan bangku sekolah..huwaaaaa..masing-masing dah tua.

Ni lah kitorang zaman sekolah..hahaha..muka skema ayam... 

Kita kenalkan satu-satu ya..
Berdiri dari kiri: Radi, Medan, Fitri, Chaar, Sham, Amy (ketua kelas), Own, Usin & Jeli
Duduk dari kiri: Paie, Padila, Aiza, Rubie, Putri, Cikgu Salmah (guru kelas kitorg..cikgu kimia) Sala (pen. ketua kelas), Siti, Ubai, aku & Dila..

Kelas kitorg ni kecik aje.. ada 20 org. 10 boys & 10 girls..senang  cikgu nak kontrol kan, tambah semua skema-skema mendengar kata..hihi... ada lagi sorang boy tak cukup dalam gambar tu. Azzar . Dia absent pulak time amik class photo dulu.. Ni gambar 16 tahun yang lepas.

Ok.. balik pada cerita reunion kitorg.. selepas bermesyuarat secara maya..ktorg dapat kata sepakat untuk buat event ni pada 4 Syawal 1435 hjrah..bersamaan 31 Julai 2014. Mula-mula payah juga nak set tarikh, almaklumlah semua dah ada komitment masing-masing. Ada yang beraya rumah mertua la, tak balik beraya pun ada..dah start kerja pun ada. Tapi dek kerana sepakat, ktorg pilih juga tarikh tu. Nak pilih venue pun satu hal.. bincang punya bincang akhir kata ktorg sepakat buat di rumah Ubai kat kg Teluk Kepayang, Bota. nasib baik tuan rumah sporting. 

Bagi memastikan reunion ni berjalan lancar, Ajk majlis dilantik. Alhamdulillah, semua ajk yang dilantik menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh komited dan tanggungjawab. Aku diorg lantik jadi SU.. letih mak dik non..tapi fun.. ajk-ajk ni merangkap tukang sediakan bahan-bahan utk bbq, ketua tukang masak aka kapten cook, tukang sedia hamper untuk lucky draw, designer baju group, urusan sewa khemah, tukang buat air asam dan black pepper sauce untuk bbq, tukang tempah doorgift dan emcee malam itu. Selaku SU aku selalu follow up ajk dan ahli group. Aku rasa diorg pun naik jemu kot bila aku dan admin asyik berbunyi dalam group..hahaha..ada aku kisah! Janji kerja jalan. Tapi bestnye diorg ni memang sporting. 200% buat kerja dan tak merungut. 

Akhirnya hari yang ditunggu tiba.. persediaan yang berbulan-bulan sampai ke acara. Agenda majlis aku dah bincang dengan admin, Jeli.. yang lain setuju aje.. yang ini pun satu part yang bagus. Apa yang dicadangkan sentiasa dipersetujui, pendek kata tak banyak ragam. Terbaiklah semua ahli group ex5j.. 

Lepas asar dah start proses bakar-membakar. Bahan-bahan bbq Fitri dah sediakan awal-awal. Ikan, ayam, daging kambing, sosej semua dah sedia.. 

Colourful ikan-ikan ini. Fitri sorang aje tau nama-namanya. Bagi kitorg, janji sodap dimakan.. tapi memang superb bila dibakar dan dicicah dengan air asam. Kecur air liur bila diingat semula.
Inilah kapten cook kitorg haritu. Inspektor sahab, own.. memang komited datang awal utk pastikan acara bbq berjalan lancar. Tabik spring kat tuan inspektor.. caya lah..
Radi (baju hijau) selaku asisstant cook pun datang awal. Medan (baju putih) nilah desinger baju group, pun datang awal membantu menghidupkan bara.


Santai-santai diorg sambil tunggu bara hidup. Yang pegang tiang tu suami Paie, Mijun.
Ayam yang mula-mula dibakar. Pergghhh..dia punya bau memang semerbak.  

Ubai (kiri) tuan rumah sibuk ngemas meja hidangan. Paie (kanan) bab-bab hidang menghidang ni memang kepakaran dia. Maklumlan caterrer. Dia lah tukang buat air asam dan black peppet sauce yang marvellous..meletop uollsss...
Paie posing ngan tembikai yang cik SU sponsor..ahakkksss tu pun nak kabor..
Bekerja keras kaum lelaki memasak..
Banner kami mlm tu.. 
Kerja- kerja gantung banner.. rajin abg-abg kita. Yang kiri (rambut panjang ala-ala model syampu) Fitri .. kanan tu medan..tarik bang jangan tak tarik kasi tegang banner tu.. 
Antara bunga-bunga ex5j yang hadir awal malam tu.. drpd kiri Rubie, Aiza, Paie, Padila, Ubai dan aku...
Santai-santai sementara menunggu acara bermula dan ahli-ahli reunion lain sampai.
Tepat pukul 830 bila semua yang ditunggu sampai, acara  pun bermula. Jeli selaku emcee yang telah dilantik dalam meeting mulalah memberi kata-kata aluan.
Tetiba aku dipanggil untuk beri ucapan. Yang ini tak ada dalam agenda reunion kami. Dah orang suruh berucap, aku pun bagilah sepatah dua kata selalu SU. Pastu Ubai selaku tuan rumah juga diberi ruang untuk berucap. 
Selesai segala ucapan serba ringkas, Radi yang juga telah dilantik dalam meeting mengetuai bacaan doa. Sebagai tanda bersyukur dan supaya majlis reunion kami ini diberkati hendaknya. Doa makan pun dibaca sebab perut pun dah berbunyi. Masing-masing tak sabar nak jamu selera. Kami makan punyalah selera sekali. Maklumlah masing-masing dah penat dan lapar. Dari tadi cium bau asap aje.. sampai masa makan semua kena serbu. Memang soooodap. Alaaaa..lupa nak.

Monday 8 September 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lama tak update blog ni..dah berhabuk nak kasi polish sikit.. hihihi..

Oklah, Ruby nak update pasal Hari Raya tahun ini. Ya Allah, raya pun dah lepas sebulan baru nak story. Kira oklah, omputih ckp better late than never.. hahahaha.. 

Mcm tahun2 sebelum ni sambut raya kt kg la ngan family. Kg Ruby kt mane??? Nak tau.. opkos la ya.. Ruby org Perak.. blum ada 2 kg lg..maksudnya belum ada dua keluarga..keluarga mentua tak ada lg.. 

Pg raya macam pas sembahyang raya, kami sekekuarga bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Segala salah dan silap minta dimaafkan, pas raya buat lagi..hihihi..adik beradikkan, sedangkan lidah lg tergigit..pastu minta maaf balik..hehehe.
Tahun ni cuma keluarga kakak aje tak balik. Yang lain semua ada.. jom kita tengok keluarga ruby beraya...


Ni la mak ruby yg paling cool... l lap u very stong mak!!

Ni abg paling sulong..peluk cium sikit mak..


Kakak ipar kesayangan..penuh ikhlas minta maaf ngan mak..
Ni abg no.3...terskip pulak abg no.2.. sori nyah yek..
Kakak ipar..peluk cium muahh..muahh..
Turn ruby pula..chup3x...
Adik bongsu..mak peluk mcm x nk lepas..anak bongsu kannn..
Ni aje cucu2 mak yg balik..abg haidar, damia, fazli & fahmi..kiut miut pakai baju melayu..
My sista...yg tudung biru sblh ruby tu la adik perempuan ruby.. yg dua tudung itam tu kakak ipar ruby.. family kakak kandung aje tak ada raya ni..


I love my family...

with love, 
Robiatul Ahmad

Saturday 22 February 2014

It is All About Your Body..Your body, Your Health...




Premium Beautiful Corset is designed to 70% for HEALTH and 30% for BEAUTY!!!!


Works to :

ENHANCE YOUR BODY SHAPE
SLIMMING
CONTROL YOUR FOOD INTAKE
REDUCE PERIOD PAIN
REDUCE STRETCH MARKS
ENERGY BOOSTER
BACK SUPPORT
CONFINEMENT BENGKUNG
BREAST FEEDING MOM
TO CONCEIVE BABY
FERTILITY
TUMOR/LUMP
CYST/FIBROID
ETC


Premium Beautiful is suitable for all type of body shapes & LIFE TIME WARRANTY

premium beautiful body type




Premium Beautiful Elegance  & Premium Beautiful Classic




 ..... to enhance your body shape




because..your body is your health



and...that was describe the meaning of BEAUTIFUL..




Premium Beautiful Testimonial


This is my TRUE experienced...

Lost weight about 20kgs...
Got the new body shape ...  ;-)
Confident level meningkat.. klu dlu takut2 & malu2 je nk jumpa org..
Back pain hilang..sbb berat badan dah kurang
Hormon kembali stabil..gemuk sebabkan hormon x menentu.. skrg dh ok! Alhamdulillah
Energetic ..bdn x letih lebih bersemangat!!

dan....

Sekarang nampak lebih CANTIK dan MUDA daripada dulu kannn..;)

Bermimpi sekejap nak body mcm model Premium Beautiful ni DaniMaia..hehehe


It is all about your body.. Your body is your health..


Interested?? 


Contact me now for free consultation and fittings..

Robiatul Ahmad
Contact/Whatsapp : 016 639 5221
Facebook : Robiatul Ahmad
robiatulahmad81@gmail.com






Wednesday 19 February 2014

Solat Tahajjud: Menguat Jiwa Mengubat Hati



 
 
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan.


 

Tujuan Solat Tahajjud
 

1.  Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.

2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya

3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.

4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.

5. Melembut dan mengubat hati menjadi lebih sabar

5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.






Kelebihan Solat Tahajjud
 
1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
 
2. Doa dimakbulkan Allah
 
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
 
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
 
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
 
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
 
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
 
8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
 
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
 
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
 
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
 
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
 
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
 
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
 
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
 
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
 
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
 
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.. 


 

 
 
 
Memudahkan Bangun Solat Malam

 
* Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
 
* Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
 
* Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
 
* Membaca ayat-ayat Al-Quran.






Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)



 

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)



 

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”



Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
 



‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
 

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

 
 
 
Love:
 
Robiatul Ahmad
 
Facebook: Robiatul Ahmad
Contact/Whatsapp : 016.639.5221
 
 

Sunday 16 February 2014

Resepi Kuih Lapis..Jom masak-masak...

Balik kampung 2 miggu lepas, Ruby sempat mencuba resepi kuih lapis..memang senang sangat nak buat kuih favorite ramai ni..petik jari je..hihi..so, Ruby nak share resepi kuih lapis yang sedap ini!! Very simple...


Bahan-bahan untuk Kuih Lapis.. 
(hidangan utk 5 orang)



1.   2 sudu besar tepung gandum

2.    1 cawan tepung beras

3.   2 sudu besar tepung jagung

4.   2 cawan santan

5.   1/2 cawan gula pasir

6.   1/4 sudu teh garam

7.  sedikit pewarna merah dan perisa ros



Cara Membuat Kuih Lapis...




1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Kacau sebati hingga tidak berbintil

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

3. Masukkan loyang ke dalam kukus. Tuang 100ml adunan tanpa warna dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api yang kuat. Bila sudah masak, tuang pulak 100ml adunan warna merah. Kukus 5 minit lagi. 
* ulang proses ini secara bergilir-gilir (melapis-lapis..hehehe) sehingga adunan habis..

4. Setelah  kuih lapis ini masak, sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dihidang...


Tadaaa....Kuih lapis yang siap untuk disantap..


First time buat..kira oklah..wlupun fail memotong..hehehe..

Ruby suka makan selapis demi selapis...best!!!!

Selamat mencuba...



Love:


Robiatul Ahmad

Contact/Whatsapp: 016.639.5221
Facebook : Robiatul Ahmad